JENIS-JENIS
PERLINDUNGAN YANG DITAWARKAN TAKAFUL
1-
Takaful
keluarga
- melibatkan penyediaan perlindungan dan simpanan ke atas individu yang bernyawa (sedari usia 14 hari - 88 tahun).
- merupakan perlindungan dan simpanan jangka panjang.
- manfaat untuk diri kita dan keluarga.
2-
Takaful
am
- melibatkan perlindungan ke atas objek yang tidak bernyawa yang disediakan oleh syarikat takaful.
- contohnya takaful kenderaan, rumah dan juga takaful harta benda.
TAKAFUL
KELUARGA
-
Perlindungan
asas
- perlindungan bersifat mandatory (wajib)
- contohnya – kematian & kecacatan kekal (total permanent disablement).
-
Perlindungan
tambahan
- bersifat pilihan (optional)
- contohnya – elaun harian hospital / tabung penyakit kritikal / tabung kemalangan diri / kad perubatan Takaful.
PERLINDUNGAN
TAKAFUL KELUARGA (3 JENIS):
- Takaful keluarga individu (bersifat perseorangan)
- Takaful keluarga berkumpulan (bersifat majikan,kelab persatuan,kesatuan dan sebgainya)
- Takaful keluarga rider (pelan tambahan)
PELAN TAMBAHAN
(RIDER) TAKAFUL KELUARGA
Secara
kiasannya, perlindungan asas takaful adalah seperti sebuah kereta
manakala rider adalah seperti ABS atau air-bag yang ditambah untuk memberikan
perlindungan yang lebih baik kepada pemandu kereta berkenaan, namun begitu
ia bukan kemestian dan bukan prasyarat untuk kereta tersebut berfungsi dengan
baik, dan ia juga tidak boleh berfungsi secara sendirian tanpa adanya
kereta.
Kebiasaannya pelan Rider adalah berkaitan
kesihatan:
-
Ikhlas
Critical Illness Takaful Rider Plus (Takaful Ikhlas)
-
Immediate
Death Takaful Rider Plus (Takaful Ikhlas)
-
MTWI
- Penyakit Wanita (MAA Takaful)
-
MTHS
- Manfaat Hospital & Pembedahan (MAA Takaful)
PERKARA ASAS
YANG PERLU DIKETAHUI SEBELUM MEMOHON MANA-MANA POLISI
i) Berapa bayaran sebulan?
ii) Berapa tahun yang perlu dibayar. Berapa lama kontrak anda dengan takaful sebenarnya?
iii) Berapa amaun pampasan/perlindungan dalam RM yang akan dilindungi oleh takaful yang melibatkan perlindungan asas dan juga perlindungan tambahan.
iv) Berapa jumlah simpanan yang terkumpul yang boleh dikeluarkan mengikut tahun caruman.
No comments:
Post a Comment